Thursday, March 19
smile, freak.«
12:48 PM
assalamualaikum dan salam sejahtera.
teringin pula diri ini mengemaskinikan blog sendiri didalam bahasa melayu. maklumlah yang lain telah pun mula untuk mengemaskinikan blog masing-masing didalam bahasa melayu. saya bila lagi, kan?
hari ini hari khamis. tiada apa menarik yang berlaku. cuma, saya telah berjaya membakar kek brownie. alhamdullilah, gembira sungguh. (ya lah, saya nie budak baru belajar. ini pun saya gunakan 'cake mix betty crocker'. mengelat? eh, taklah. jimatkan waktu. hehe) niat di hati, hari ini saya ingin membuat angku kuih juga, akan tetapi, kacang hijau yang hendak digunakan harus direndam selama paling kurang, empat jam dan petang ini, saya akan keluar. tidak sempatlah nampaknya. tidak mengapa, lain kali ada. (:
semalam, saya telah menemani ibu dan ayah untuk ke johor bahru. sudah lama saya tidak kesana, semalam berpeluang jua akhirnya. adik-adik yang lain tidak ikut bersama. yang kecil sekali ada bersama datuknya di rumah makcik saya, yang abangnya pula ada kelas tahfiz di masjid sultan manakala yang seorang lagi ada kelas tambahan di sekolah. cuti sekolah March ini, semuanya sibuk. adik lelaki, ada sahaja aktiviti luar darjah. kelas tahfiznya lain, kelas silatnya lain, aktiviti di masjid sultan lain (dia adalah belia di masjid tersebut) dan kekadang, dia harus ke sekolah untuk kelas-kelas tambahan. yang kecil suka sangat untuk ke rumah makcik saya. adik-adik saudara saya semua ada di sana. kekadang atuk akan membawanya ke sana. pada cuti-cuti sebeginilah dia akan tidur di sana. kakaknya, nasuha, pula ada kelas tambahan dari isnin hingga khamis. maklumlah, akan menduduki peperiksaan PSLE. esok, dia ingin menonton wayang bersama temannya. saya pula, hanya harus ke sekolah pada hari isnin dan selasa. yang selebihnya digunakan untuk mengulang kaji pelajaran dan lain-lain lagi. hehe.
kepada lino, slice ada di far east. ingin ikut atau tidak? HAHA! ikut sahaja. slice ialah satu jenic pencuci mulut. diperbuat daripada kepingan ais yang dihiasi dengan buah-buahan, coklat sundae dan cornflakes. HAHA! (macam janggal bunyi ni)
saya dah tidak tahu ingin menulis tentang apa. oh ya, yang lain ikut tak ke slice? hmmm...
salam sayang, salam sejahtera, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam.