<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6767811701626049421?origin\x3dhttp://randommmania.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
FYEAH; MLIAWESOME

When things just go wrong, well, you have me. Imma call away. :D
your everybody

Nabilah Moen. No, Moen's my dad's name not some star or whatever. I stay true to myself. Simply elactrifying to anyone new because I'm hyper like that. :D Sometimes I think too much and I oversay stuff. I like polaroids and pictures. Plus random stuff like tissues and markers! Wait, who doesn't like markers?! I'm a blabber! Hhaha. I am not a loyal blogger. (Having both tumblr and eljay! and twitter but twoiter was never active) (Rock, Paper, Sticks! I win.)

MAIL ME nabilah.moen

spammming in progress



updates
Thursday, September 24

Selamat Berhari Raya«

2:10 PM

Hello people.

SEMAT HARI RAYA. Semoga segala yang diusahakan semasa Ramadhan akan diteruskan dan mendapat ganjaran yang setimpal. Kepada yang akan menduduki peperiksaan besar, JANGAN LUPA BELAJAR!

Dah hari kelima kita beraya. Macam mana duit collection? Banyak tak? Hari pertama dan kedua saya memang meriah. Berjumpa dan berkumpul dengan saudara, siapa tak suka? Cuma terkilan sedikit kerana hari ketiga sekolah dah dibuka. Hari keempat dan kelima saya tak ke sekolah. Tekak dah mula perit, batuk dah berkahak, hingus tak mahu berhenti meleleh. Maaflah. Saya terkena demam pula. Hai, lemahnya badan. Ini mesti angkara air gas yang diminum semasa kunjung-mungunjung. Salah saya juga. Bila minum tak ingat dunia. :D Bukan selalu kita dapat minum, kan? Mama dirumah pula memang tak benarkan minum air gas. Jadi, apa lagi, naik kepalalah jawabnya.

Esok, sekolah akan menyambut Hari Guru (yang telah lama berlalu), Hari Kanak-kanak (yang belum datang) dan Hari Raya. Kelas saya terpaksa membuat sketsa Hari Raya. Sedang sibuk membuat persiapanm peperiksaan, malas sungguh nak cuat script. Nak tarik diri, sayang pula, tahun terakhir. Tapi dah kesuntukan masa. Alhamdulillah, saya dengar rakan-rakan yang lain dah buat pun scriptnya. Macam-macam drama saya dengar yang berlaku. InsyaAllah berjaya, ya? Saya cuma jadi kameragirl sajalah. :D

Dah tinggal dua minggu sahaja sebelum saya keluar sekolah. Dan tinggal 3 minggu sahaja saya akan menduduki peperiksaan O. Gerun menyelubungi diri tapi rasa tak sabar nak habiskan pun ada. Tak sangka hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Hai, inilah hidup, bukan? Yang ditunggu akan tiba. Yang datang pun akan berlalu. Yang dah berlalu tu, berlalu lah. Hehe. ;P

Sampai disini lah perisian kali ini. Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Hari Raya. Kullu 'am wa antum bikhair. (Setiap tahun dan anda sejahtera) InsyaAllah.