<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6767811701626049421?origin\x3dhttp://randommmania.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
FYEAH; MLIAWESOME

When things just go wrong, well, you have me. Imma call away. :D
your everybody

Nabilah Moen. No, Moen's my dad's name not some star or whatever. I stay true to myself. Simply elactrifying to anyone new because I'm hyper like that. :D Sometimes I think too much and I oversay stuff. I like polaroids and pictures. Plus random stuff like tissues and markers! Wait, who doesn't like markers?! I'm a blabber! Hhaha. I am not a loyal blogger. (Having both tumblr and eljay! and twitter but twoiter was never active) (Rock, Paper, Sticks! I win.)

MAIL ME nabilah.moen

spammming in progress



updates
Sunday, November 22

«

2:11 AM

Kan dah mula blog publish marathon. Sementara tak boleh tidur malam ni. Nanti kejaplah baru masuk bilik. Ada buku cerita pula setia menanti.

Entah mengapa, memang sejak kebelakangan ni susah sangat nak tidur. Sangap, baring tapi tak tertidur. Fikiran tu asyik melayang ke mana entah. Kadang teringat yang itu, kadang teringat yang ini, tapi selalunya teringat masa hadapan.

Agaknya macam kita tahun depan bulan ni? Agaknya nabilah kat mana? Dapat realisasikan mimpi? Dapat menjadi Khalifah fil Ard? Dapat buat yang terbaik? Mungkin tersilap langkah. Mungkin terjatuh. Dan bermacam-macam kemungkinan suka berlari, berlompat dan kekadang, duduk di kepala bermain kejar-kejar dengan fikiran yang lain agaknya. Frust. Memang frust. Ini ke perasan setiap manusia yang baru menamatkan masa-masa genting dan menunggu keputusan? Tak kiralah masa genting yang macam mana pun. Ini ke perasaan yang orang itu bakal/sedang/sudah alami? Kalau macam gini, frust aje lah nampaknye.

Sehari yang lalu, Kakak sedare ternampak sehelai uban dicelah rambut yang hitam menawan ni. (Cheay. Taklah bergurau aje.) Ya Allah, gelabah dibuatnya. Stress sangat ke aku ni? Mama kata mungkin digestion makanan tak bagus. Mungkin juga. Nabilah makan apa aja sejak tak ke sekolah. Sehari suntuk tak makan pun kekadang. Lebih selesa macam gitu. Tau lah tak bagus untuk kesihatan. Akan berubah, insyaAllah. :D

Banyak lagi yang mahu diubah. Perlahan-lahanlah. Baby steps.

Ada perasan yang nabilah asyik lari dari kenyataan atau dari masalah? Ada orang cakap tak tapi naluri (cheay) hati cakap ya. Siapa nak percaya pun tak tau. Susah ni. Kata orang, kawan tu macam cermin kita sebab dia yang nampak gerak laku kita. Tap kita yang dapat pastikan diri kit ayng sebenarnya kan? Hmmmm? Boleh bengong fikirkan fasal ni.

Tadi ikut mama ke hi tea. Bukan main lancang dealers yang lain berbual. Ikut rasa hati memang tak rasional tapi ikut cakap Cikgu, "jangan emosi." Jadi tak emosi lah hari ini. :D

Rasenye nabilah nak masuk MEP atau DEP susah ni. DEP biasalah masalah tudung tak habis-habis. Memang nabilah ada solusi tapi insyaAllah dapat dilaksanakan. Kalau nabilah ajak tengok productins nabilah buat, datang tau! :D (Qul amin, insyaAllah!) MEP ni sebab hanya ada di dua buah kolej buat sementara ni. TP dan IJ. Segan nak ke TP sebab ada senior. IJ pula dengar tough. Memang tak berkenan ke IJ sebenarnya. Sebabnya mudah: Memang tough! Bukan ta nak sahut cabaran cuma, siapalah nabilah. Nak dapat single digit untuk Os je tak mampu. Nak letak target tinggi-tiggi pun tak berani. Ya Allah, redakanlah hati ini. Asyik risau memikirkan yang bukan-bukan.

Sejak kebelakangan ni, jalan sikit, teringat kalau mati apa jadi dengan adik-adik, mama dan papa. Jalan sikit teringat apa akan jadi kalau nabilah tiba-tiba jatuh dan tinggalkan semua orang. Jalan sikit teringat accident sana sini. Ini bukan being concious. Ini thinking overly. Negatif kan segala apa yang ada didalam kepala ni? :(

Nabilah ada baca artikel di majalah CLEO. (Ye, nabilah baca CLEO. nak pinjam? :D) Ada satu badan ni nak minta sukarelawan untuk bantu ajar orang-orang yang tidak berkemampuan. Siapa nak ikut, JOM! :D

Dah cukuplah. Dah pukul 2.30 ni. Nabilah masuk tidur dulu. InsyaAllah bertemu lagi esok! Doa kalau nabilah tertidur, esok dapat bangun awal jadi boleh ikut ke sultan! :D

Selamat maliang! (malam+siang) <---- Macam perkataan cina! HAHA. ;3